Bangi, 9 Julai 2026 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) melalui Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam (PKKI) dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menganjurkan Kursus Smart Integriti Siri 3/2026 (ATM & PDRM) pada 7 – 9 Julai 2026 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi.
Seramai 42 orang peserta telah menghadiri kursus ini terdiri daripada 14 orang pegawai dari Tentera Darat Malaysia (TDM), 10 orang pegawai dari Tentera Laut di Raja Malaysia (TLDM) 8 orang pegawai dari Tentera Udara di Raja Malaysia (TUDM) dan 10 orang pegawai dari Polis di Raja Malaysia (PDRM).
Kursus Smart Integriti ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran peserta tentang integriti secara menyeluruh dalam kehidupan. Majlis Perasmian Penutup kursus ini turut dihadiri oleh YBhg. Brigedier Jeneral Haji Mohd Hamzah bin Adam, Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Pengurusan, Bahagian Kerohanian Islam, Angkatan Tentera Malaysia.





