WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
KUALA LUMPUR, 9 Julai 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terus memperkukuh jaringan kerjasama strategik apabila mengadakan sesi kunjungan hormat ke Unit Hal Ehwal Islam, Malayan Banking Berhad (Maybank) di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur.
 
Delegasi ILIM diketuai oleh YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Kanan ILIM bersama barisan pengurusan kanan ILIM, manakala pihak Maybank diketuai oleh Encik Muhammad Airil Rizman bin Izhar, Ketua Hal Ehwal Islam Maybank.
 
Kunjungan ini menjadi platform bagi memperkukuh hubungan dua hala serta meneroka peluang kerjasama strategik dalam bidang latihan, pembangunan kompetensi dan pengukuhan profesionalisme Hal Ehwal Islam. Perbincangan turut memberi fokus kepada perkongsian pengalaman, keperluan industri dan pembangunan program latihan yang lebih relevan bagi memenuhi tuntutan semasa.
 
Sebagai institusi latihan Islam di bawah JAKIM, ILIM komited memperluas jaringan kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan, badan korporat dan industri bagi memperkasakan pembangunan modal insan berteraskan nilai Islam, selaras dengan aspirasi melahirkan tenaga kerja yang kompeten, berintegriti dan berdaya saing.
 
Kunjungan ini diharapkan menjadi pemangkin kepada pelaksanaan program-program latihan yang lebih inovatif dan berimpak tinggi seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekosistem Hal Ehwal Islam yang mampan melalui sinergi antara sektor awam dan korporat.