Bangi, 09 Julai – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Program Teras (Seksyen al-Quran dan Hadis) telah mengadakan Kursus Pemikiran Qurani dalam Pengurusan Kepimpinan. Kursus yang dilaksanakan bermula pada 07 hingga 09 Julai 2026 telah dihadiri seramai 55 orang peserta terdiri daripada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) Gred 10 dan ke atas.
Kursus ini dilaksanakan bagi memperkukuh kompetensi kepimpinan melalui penghayatan nilai serta prinsip Rabbani yang berteraskan Al-Quran dan Al-Hadith. Perkongsian dibuat menggunakan pendekatan teori serta praktikal dengan bimbingan daripada YBrs. Dr. Wan Nasyrudin bin Wan Abdullah dari Pusat Kajian al-Quran Dan al-Sunnah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi bin Azmi dari Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Kursus sepanjang tiga hari ini telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Kanan ILIM.
Semoga kursus ini berjaya mencapai matlamatnya dan mampu melahirkan penjawat awam yang kompeten di dunia serta akhirat.
Untuk melayari info lanjut, layari pautan berikut: https://ilim.islam.gov.my/ms/ atau untuk info dan permohonan kursus layari pautan: https://itis.islam.gov.my/




