Bangi, 8 JULAI 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Unit Pembangunan Sahsiah dan Kepimpinan, Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam (PKKI) telah berjaya menganjurkan Kursus Coaching and Mentoring selama dua hari, bermula 7 hingga 8 Julai 2026.
Antara objektif kursus ini adalah untuk memahami konsep coaching dan mentoring serta perbezaan antara kedua-dua konsep tersebut, mempelajari teknik dan model dalam coaching yang berkesan dalam meningkatkan potensi diri dan institusi, mengenal pasti hubungan dan tanggungjawab antara mentor dan mentee serta mendalami teknik dan alat dalam mentoring sebagai salah satu usaha untuk menjadi mentor yang dipercayai dan berpengaruh. Kursus ini disasarkan kepada semua pegawai dan kakitangan JAKIM dan juga pegawai di Kementerian dan Jabatan dengan kehadiran seramai 35 orang.
Sepanjang dua hari pelaksanaan, beberapa siri pengisian telah disampaikan oleh penceramah jemputan antaranya Encik Nor Naemi Md Som, Pengarah Urusan MSQ Power Training dan Puan Hajah Kareemah.
Penganjuran kursus ini diharapkan dapat menambahkan kefahaman serta membangkitkan semangat dalam menjadi coach dan mentor yang terbaik.


