Bangi, 6 Julai 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) hari ini telah menganjurkan program khas ILIM Sharing Session bersama Yang Berbahagia Datin Paduka Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, bertempat di Bilik Ibn Khaldun, Blok Akademik A, ILIM Kampus Utama Bangi.
Program yang berlangsung dalam suasana penuh ukhuwah dan bermakna ini dihadiri secara fizikal oleh warga kerja ILIM Kampus Utama selain turut disertai oleh warga kampus cawangan secara telesidang dalam talian.
Melalui ILIM Sharing Session tersebut, Yang Berbahagia Datin Paduka Hajah Hakimah telah menzahirkan amanat, perkongsian pengalaman emas, serta mutiara kata berharga sebagai panduan strategik buat seluruh warga kerja ILIM dalam mendepani cabaran tadbir urus dan agenda dakwah masa hadapan. Beliau turut menitikberatkan kepentingan prinsip integriti, kompetensi, dan kebitaraan tadbir urus demi memelihara kemurnian syiar Islam, selaras dengan aspirasi gagasan Malaysia Madani.




