Bangi, 6 Julai 2026 - Alhamdulillah! Program Serambi Naskhah edisi kali ini dipenuhi dengan kehadiran secara fizikal warga ILIM Kampus Utama Bangi manakala rakan dari kampus cawangan mengikuti kupasan ini secara langsung dalam talian!
Sesi bedah buku yang mengupas tajuk "Akidah di Persimpangan Zaman: Barah New Age" bersama panel jemputan khas, Dr. Mohamad Razif bin Mohamad Fuad (Pensyarah Kanan, Universiti Malaya) benar-benar membuka mata dan minda yang sangat berkualiti.
𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐈𝐧𝐭𝐢𝐩𝐚𝐭𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠 & ❞𝐄𝐲𝐞-𝐎𝐩𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠❞ 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 :
𝐀𝐧𝐜𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐧𝐲𝐚𝐩: 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐢𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐢𝐝𝐞𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐍𝐞𝐰 𝐀𝐠𝐞 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐮𝐬𝐮𝐩 𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐠𝐚𝐲𝐚 𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐦𝐨𝐝𝐞𝐧 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐬𝐞𝐝𝐚𝐫𝐢.
𝐁𝐞𝐧𝐭𝐞𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐫𝐚𝐧: 𝐊𝐞𝐩𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐢𝐥𝐦𝐮 𝐭𝐚𝐮𝐡𝐢𝐝 𝐝𝐚𝐧 𝐮𝐬𝐮𝐥𝐮𝐝𝐝𝐢𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐢 𝐝𝐚𝐤𝐲𝐚𝐡 𝐚𝐥𝐚𝐟 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮.
𝐏𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐊𝐢𝐭𝐚: 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛 𝐰𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐈𝐋𝐈𝐌 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐠𝐞𝐫𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐤𝐰𝐚𝐡 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐫𝐚 𝐤𝐞𝐦𝐮𝐫𝐧𝐢𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐢𝐝𝐚𝐡 𝐮𝐦𝐦𝐚𝐡.
Slot ilmu yang penuh impak ini pastinya menjadi tonik terbaik buat kita memulakan tugasan mingguan dengan jiwa yang lebih merdeka!



