Bangi, 3 Julai 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam (PKKI) dengan kerjasama ILIM Kampus Besut telah berjaya menganjurkan Kursus Fikrah Madani Siri 1/2026 selama tiga (3) hari bermula 1 hingga 3 Julai 2026 bertempat di ILIM Kampus Besut. Kursus ini melibatkan penyertaan ketua-ketua Guru KAFA dari seluruh daerah di Negeri Kelantan.
Kursus Fikrah Madani merupakan inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh ILIM berdasarkan Modul Fikrah Madani yang dibangunkan selaras dengan gagasan Malaysia Madani.
Kursus ini telah dikendalikan secara kerjasama strategik antara fasilitator ILIM Kampus Utama Bangi dan ILIM Kampus Besut. YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Kanan ILIM turut menyampaikan slot bertajuk Impak Madani, seterusnya merasmikan majlis penutup kursus tersebut.
Sepanjang tiga hari pelaksanaan kursus, para peserta telah didedahkan mengenai pelaksanaan Konsep Fikrah Madani serta perkaitannya dengan Maqasid Syariah dan Piagam Madinah.
Diharapkan kursus ini dapat memberi manfaat kepada para guru KAFA dalam memperkukuhkan pemahaman dan penghayatan terhadap Konsep Fikrah Madani, seterusnya mengaplikasikan nilai-nilai Malaysia Madani serta Maqasid Syariah dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran di institusi KAFA.




