BANGI, 2 Julai 2026* – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi telah menganjurkan Kursus Kompetensi Falak pada 30 Jun hingga 2 Julai 2026* bertempat di Bilik Ibn Khaldun.
Kursus selama tiga hari ini memberi penekanan kepada pengukuhan kefahaman dan kemahiran peserta dalam bidang falak melalui pengisian berkaitan Fiqh al-Falak, Peralatan Tradisional Falak, Kaedah Penentuan Arah Kiblat secara Tradisional dan Moden, Amali Tongkat Istiwa’ serta Kaedah Penetapan Waktu Solat yang melibatkan peserta dari pelbagai agensi.
Kursus ini turut melibatkan penilaian pra dan pasca kursus bagi mengukur tahap kefahaman peserta.
Semoga kursus ini memberi impak kepada semua para peserta yang telah memberikan sepenuh komitmen sepanjang kursus.



