WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
BANGI, 1 Julai 2026, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Institut Integriti Malaysia (IIM) bertempat di Bilik Mesyuarat Uthman, Aras 2, Blok Pentadbiran, ILIM Kampus Utama Bangi. Kunjungan ini menjadi ruang strategik bagi memperkukuh hubungan antara kedua-dua institusi dalam bidang latihan, pendidikan, integriti dan tadbir urus organisasi.
 
Sesi kunjungan hormat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Nor Safina Zainal, Pengarah Kanan ILIM.
Delegasi IIM diketuai oleh YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM bersama Puan Eizan Azura binti Zainudin, Ketua Pegawai Sektor Strategi, Encik Mohd Rais bin Ramli, Pengarah Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam dan Encik Zubayry Abady bin Sofian, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat.
 
Sesi kunjungan ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pihak ILIM, diikuti ucapan oleh YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim. Program turut diserikan dengan tayangan video korporat ILIM sebelum diteruskan dengan sesi perbincangan antara kedua-dua pihak.
 
Antara fokus perbincangan ialah pengukuhan jalinan kerjasama strategik, bimbingan, pematuhan serta perkongsian amalan terbaik berkaitan tadbir urus dan integriti organisasi. Turut dibincangkan ialah ruang kerjasama dalam program latihan dan pendidikan, selain potensi penyelidikan berkaitan integriti dan tadbir urus baik.
 
Kunjungan hormat ini mencerminkan komitmen ILIM dalam memperluas jaringan strategik bersama agensi berkepakaran, khususnya dalam usaha memperkasa nilai integriti, profesionalisme dan kecemerlangan perkhidmatan awam berteraskan prinsip tadbir urus yang baik.
 
Kunjungan ini bukan sekadar pertemuan rasmi, tetapi satu langkah bermakna dalam membina sinergi ilmu, integriti dan kecemerlangan institusi demi manfaat perkhidmatan serta masyarakat.