WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi, 25 Jun 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi telah menganjurkan Kursus Faraid (Lanjutan) pada 23 hingga 25 Jun 2026 bagi memperkukuh pengetahuan dan kemahiran pegawai dalam bidang pengurusan harta pusaka Islam serta pengiraan faraid.
 
Penganjuran kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman peserta mengenai pengurusan harta pusaka Islam, di samping meningkatkan kemahiran mereka dalam menguasai kaedah asas pengiraan faraid. Selain itu, kursus ini turut berhasrat melahirkan pegawai yang berpengetahuan, berkemahiran dan berkeupayaan untuk menjadi rujukan masyarakat awam dalam bidang pewarisan serta ilmu pusaka Islam.
 
Sepanjang tiga hari kursus berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai sesi pembelajaran yang merangkumi pengurusan harta pusaka Islam, kaedah asas pengiraan faraid, penyelesaian kes-kes pewarisan serta aplikasi praktikal dalam pengurusan pusaka mengikut prinsip Syariah dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
 
Melalui penganjuran kursus ini, diharapkan para peserta dapat mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang diperoleh dalam pelaksanaan tugas harian, sekali gus memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat berkaitan pengurusan harta pusaka Islam. Kursus ini juga mencerminkan komitmen ILIM dalam melahirkan pegawai yang kompeten, profesional dan berintegriti dalam memperkasakan kefahaman serta amalan pewarisan Islam di Malaysia.