Bangi, Selangor – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah menganjurkan Kursus Tadbir Urus Islam Global dan Reformasi Kontemporari bermula 23 hingga 25 Jun 2026 bagi membangunkan peserta yang berpengetahuan, berkemahiran dan berintegriti dalam mengaplikasikan prinsip tadbir urus Islam global serta memimpin reformasi institusi secara profesional dan berkesan.
Peserta yang mengikuti kursus ini terdiri dari kalangan Pegawai Gred 12 dan ke atas daripada JAKIM, JAIN dan Kementerian. Pendekatan kursus merangkumi ceramah, refleksi diri dan diskusi interaktif di antara peserta kursus dan penceramah.
Kursus ini dipimpin oleh penceramah yang berpengalaman luas dan berkepakaran di peringkat nasional dan antarabangsa iaitu YBhg. Dato’ Aidit Ghazali dan Puan Salwa Mohd Saleh. Ia membincangkan pelbagai aspek penting berkaitan tadbir urus Islam melalui slot Tadbir Urus Islam: Konsep, Prinsip dan Kerangka Peradaban, Landskap Tadbir Urus Islam Global Abad Ke-21, Isu dan Cabaran Kontemporari dalam Tadbir Urus Islam, Kepimpinan Strategik Dalam Era Global, Amalan Terbaik Tadbir Urus Institusi serta Transformasi Digital dan Inovasi.
Peserta menunjukkan penglibatan yang aktif melalui sesi soal jawab dan perkongsian pengalaman sepanjang kursud dilaksanakan. Komitmen yang ditunjukkan telah menyumbang kepada pencapaian objektif kursus serta memperkayakan perkongsian ilmu dan pengalaman.
Penganjuran kursus ini diharapkan dapat melahirkan pemimpin dan pengurus institusi yang lebih berwawasan, berintegriti serta bersedia mendepani cabaran global dengan pendekatan yang strategik dan inovatif. Pada masa yang sama, kursus ini diharap menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh tadbir urus, memperkasa reformasi institusi dan meningkatkan kecemerlangan organisasi berteraskan nilai-nilai Islam.



