WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
BANGI, 25 Jun 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi telah melaksanakan Audit dan Penilaian Standard Kualiti Pengurusan (SKP) ILIM Tahun 2026 bermula 23 Jun hingga 25 Jun 2026. Audit ini diselaraskan oleh Cawangan Dasar Latihan ILIM dengan penglibatan warga ILIM Kampus Utama Bangi bagi menilai tahap pematuhan pelaksanaan Standard Kualiti Pengurusan (SKP) di institusi ini.
 
Pelaksanaan audit ini bertujuan menilai tahap pematuhan terhadap Standard Kualiti Pengurusan (SKP) ILIM, mengenal pasti ruang penambahbaikan serta memastikan sistem pengurusan latihan dilaksanakan secara konsisten, berkesan dan selaras dengan piawaian yang telah ditetapkan. Audit ini juga menjadi medium untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan melalui cadangan penambahbaikan berasaskan dapatan audit.
 
Sepanjang audit berlangsung, pasukan juruaudit telah melaksanakan semakan terhadap lima dimensi utama, iaitu kepimpinan institusi, penggunaan modul dan perancangan takwim, pelaksanaan serta pemantauan program latihan, penyampaian latihan dan bimbingan, serta pengurusan kursus sebelum dan selepas pelaksanaan. Kaedah audit melibatkan semakan dokumen dan rekod, lawatan serta pemerhatian terhadap proses kerja, di samping sesi temu bual bersama pegawai dan kakitangan ILIM.
 
Pelaksanaan Audit dan Penilaian Standard Kualiti Pengurusan (SKP) ini diharapkan dapat memperkukuh budaya kualiti dalam pengurusan latihan ILIM, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta menyokong usaha berterusan ke arah menjadikan ILIM sebagai institusi latihan Islam yang cemerlang, berkualiti dan berdaya saing.