WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi, 25 Jun - Program Pengurusan Hal Ehwal Islam (PPHEI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi telah mengadakan Kursus Analisis Pensijilan Halal Malaysia bermula pada 23 hingga 25 Jun 2026 di Bilik Al Bukhari , Blok Akademik B , ILIM Kampus Utama Bangi. Kursus ini telah disertai seramai 32 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Skim Perkhidmatan Hal Ehwal Islam, JAKIM, JAIN dan lain -lain penjawat awam.
 
Pelaksanaan kursus ini berobjektifkan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai analisis makmal yang berkaitan dengan pensijilan halal Malaysia, garis panduan penghantaran sample bagi tujuan analisis halal dan juga berkaitan teknologi dan inovasi baru berkaitan analisis halal. Kursus yang berlangsung selama tiga (3) hari ini dikendalikan oleh Dr. Lokman bin Ab.Rahman mantan Pengarah Bahagian Halal JAKIM, Dr. Kamarulzaman bin Mustafa
dari Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, Prof.Madya ChM Dr. Mohd Sukri bin Hassan dari Q Lab Traning Centre, Wan Suriati binti Wan Sulaiman, Norazlina binti Ali, Wan Noraida binti Wan Mustapha dari MyHac BPH JAKIM, Ts.Dr.Mohd Hafis Yuswan bin Mohd Yusoff dari Universiti Putra Malaysia dan Tuan Azmil bin Aspara dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH).
 
Antara perkara-perkara yang telah diberi penekanan ialah Pengenalan pensijilan halal Malaysia, Fiqh makmal, Forensik halal, Pengenalan ISO 17025:2017, Garis panduan penghantaran sample dan interpretasi data analisis makmal, Kepentingan analisis makmal dalam pensijilan halal Malaysia,Teknologi dan inovasi baru analisis halal dan Penguatkuasaan halal:kesediaan ke mahkamah.
 
Semoga kursus yang telah dijalankan ini mampu meningkatkan kefahaman mengenai prinsip analisis pensijilan halal di Malaysia.