WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi, 23 Jun 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Unit Pembangunan Sahsiah dan Kepimpinan, Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam (PKKI) telah berjaya menganjurkan Kursus Rejuvenasi Sahsiah dan Profesionalisme selama dua hari, bermula 23 hingga 24 Jun 2026.
 
Antara objektif kursus ini adalah untuk memantapkan jati diri, integriti dan sahsiah pegawai berlandaskan nilai Islam, meningkatkan motivasi, kesejahteraan emosi dan daya tahan diri dalam menghadapi cabaran kerja, memupuk budaya kerja berpasukan, komunikasi berkesan dan semangat ukhuwah dalam organisasi dan melahirkan pegawai yang proaktif, berfikiran positif serta mempunyai kepimpinan berteraskan nilai ihsan serta amanah. Kursus ini disasarkan kepada semua pegawai dan kakitangan JAKIM termasuk kader-kader di Kementerian dan Jabatan dengan kehadiran seramai 37 orang.
 
Sepanjang dua hari pelaksanaan, beberapa siri pengisian telah disampaikan oleh penceramah jemputan antaranya Encik Ahmad Fazli bin Aziz, Pengarah Urusan Soul Power and Consultancy Sevices dan Yang Berbahagia Dr Shamsul Hakim bin Abd Samad, Pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
 
Penganjuran kursus ini diharapkan dapat menambahkan pengetahuan serta skill dalam memimpin persatuan dan kelab yang diamanahkan buat seluruh kakitangan JAKIM.