Bangi, 19 Jun 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Seksyen Pembangunan Bakat, Kompetensi dan Kapasiti, Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam (PKKI) telah berjaya menganjurkan Training of Trainers (TOT) Kursus Fikrah Madani secara hibrid selama dua hari, bermula 18 hingga 19 Jun 2026.
TOT ini melibatkan penyertaan perunding latihan ILIM dari semua kampus di seluruh Malaysia. TOT yang dianjurkan telah dimulakan dengan ucapan pembukaan dan amanat oleh YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Kanan ILIM. Sesi latihan di sepanjang penganjuran TOT telah dikendalikan oleh fasilitator jemputan, Encik Zulkifli bin Tukiman, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah JAKIM.
Sepanjang dua hari pelaksanaan, TOT ini telah memberi pendedahan menyeluruh kepada para peserta mengenai pelaksanaan Modul Fikrah Madani yang dibangunkan berasaskan konsep Malaysia Madani. Selain itu, TOT ini juga telah memberi pengukuhan kefahaman, meningkatkan kemahiran penyampaian sekali gus mengelakkan perkongsian maklumat yang tidak tepat atau tersasar dalam pengendalian kursus.
Penganjuran TOT ini merupakan persediaan awal ke arah pelaksanaan Kursus Fikrah Madani yang bakal dianjurkan buat julung kalinya di ILIM Kampus Besut, Terangganu pada 1 hingga 3 Julai 2026.




