21 Mei 2026 | Bangi - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah menganjurkan Kursus NextGen Daei yang memberi fokus kepada pembangunan kemahiran dakwah digital dalam kalangan peserta selaras dengan perkembangan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) masa kini.
Kursus selama tiga hari 19-21 Mei 2026 ini, memberi pendedahan berkaitan kepentingan pendakwah digital, penggunaan AI dan ChatGPT dalam penghasilan content dakwah, penggunaan Google Tools, penghasilan video dakwah, poster dakwah, komik dakwah serta penerokaan medium kreatif seperti lagu AI.
Selain sesi teori dan perkongsian interaktif, peserta turut melaksanakan projek berkumpulan melalui penghasilan content dakwah digital secara praktikal menggunakan pelbagai platform dan aplikasi semasa.
Kursus ini dikendalikan oleh tenaga pengajar daripada Thinker Solution iaitu Bro Hafizi dan Bro Hanif, yang berkongsi pengalaman serta pendekatan kreatif dalam dunia content digital dan AI.
Majlis penutup kursus telah disempurnakan oleh Ustaz Ainuddin bin Dolhakim, Ketua Penolong Pengarah (KPP), Program Pembangunan Insan.
Penganjuran kursus ini diharap dapat melahirkan pendakwah yang lebih kreatif, relevan dan bersedia memanfaatkan teknologi digital sebagai medium penyampaian dakwah secara lebih efektif kepada masyarakat.





