Kundasang, 21 Mei - Program Pengurusan Hal Ehwal Islam (PPHEI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi telah mengadakan Kursus Fiqh Veterinar Dalam Pensijilan Halal Malaysia 2026 pada 19 hingga 21 Mei 2026 di Dewan Tun Mustapa, ILIM Kampus Kundasang, Sabah. Kursus ini telah disertai oleh 32 orang peserta yang terdiri daripada pegawai skim perkhidmatan Hal Ehwal Islam gred 1 ke atas dan pegawai dari skim perkhidmatan lain yang berkaitan di negeri Sabah.
Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman berkaitan fiqh veterinar dan isu-isu berkaitan dalam pensijilan halal Malaysia. Kursus yang berlangsung selama tiga hari ini dikendalikan oleh Ustaz Syed Abbas bin Syed Idros, Ustaz Sh Suhaimi bin Sh Miasin, Ustaz Ahmad Rusyaidi bin Jamiun daripada Majlis Ugama Islam Sabah dan Awang Mohd Zaid bin Awang Sahak dari Jabatan Veterinar Sabah. Perkara-perkara yang diberi penekanan antaranya ialah berkaitan Pengenalan Fiqh Veterinar Dalam Islam, Fiqh Islam dan Haiwan, Kaedah Sembelihan Menurut Syarak, Pengurusan Ternakan Ruminan, Haiwan Jalalah dan Fiqh Mu’asarah.
Harapan ILIM agar kursus yang dijalankan memberi pengetahuan dan meningkatkan kompetensi pegawai dan peserta dalam pengurusan halal.





