WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
BANGI, 13 Mei 2026 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi telah menerima kunjungan daripada Biro Muslimat Masjid-Masjid Daerah Taiping, Larut dan Matang dalam satu sesi lawatan rasmi yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Abu Bakar, Aras 1, Blok Akademik A, pada jam 12.00 tengah hari.
 
Sesi lawatan ini dipengerusikan oleh Encik Azaharuldin bin Abdullah, Pendaftar ILIM, manakala delegasi pelawat diketuai oleh YBrs. Puan Hajah Rossiah binti Ismail, Pengerusi Biro Muslimat Masjid-Masjid Daerah Taiping, Larut dan Matang.
 
Lawatan ini bertujuan memperkukuh hubungan silaturahim, membuka ruang perkongsian maklumat serta memperkenalkan peranan ILIM sebagai institusi latihan Islam dalam pembangunan ilmu, sahsiah dan kepimpinan masyarakat.
 
Sepanjang sesi tersebut, pihak delegasi turut diberi penerangan berkaitan fungsi, peranan dan kemudahan latihan yang disediakan oleh ILIM. Delegasi juga dibawa melawat ke Galeri Syeikh Abdul Aziz An-Nayyiri, Falak Competency Training Center (FALCOM), ILIM Bangi bagi meninjau inisiatif ILIM dalam memperkasa latihan dan kompetensi ilmu falak.
 
Perbincangan turut menyentuh peluang kerjasama yang berpotensi dilaksanakan pada masa hadapan, khususnya dalam aspek pembangunan komuniti, pengukuhan peranan muslimat dan pemerkasaan institusi masjid.
ILIM merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas kesudian pihak Biro Muslimat Masjid-Masjid Daerah Taiping, Larut dan Matang mengadakan lawatan ini. Semoga hubungan baik yang terjalin terus diperkukuh demi manfaat ummah dan masyarakat.