WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi, 30 April 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah berjaya menganjurkan Majlis Apresiasi ILIM bagi tahun 2026. Majlis ini bagi meraikan 151 orang pegawai muda lantikan baru JAKIM melibatkan Skim S9, S5 dan S1 yang telah berjaya mengikuti Program Eksekutif Pengurusan Hal Ehwal Islam (PEPHEI) Siri 3 dan Siri 4/2025.
 
Majlis Apresiasi ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimi, Ketua Pengarah JAKIM. Turut hadir sama dalam majlis ini YBhg. Brigedier Jeneral Datuk Hj. Mohd Ajib Bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), JAKIM dan YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Kanan ILIM. Bagi menyempurnakan majlis ini, YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimi, Ketua Pengarah JAKIM telah berbesar hati menyampaikan sijil kepada semua peserta PEPHEI Siri 3/2025. Sementara itu, penyampaian sijil kepada peserta PEPHEI Siri 4/2025 telah disempurnakan oleh YBhg. Brigedier Jeneral Datuk Hj. Mohd Ajib bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), JAKIM.
 
Dalam Majlis yang sama, seramai sembilan (9) orang pegawai lantikan baru telah dipilih untuk menerima anugerah khas melibatkan Anugerah Ketua Pengarah JAKIM, Anugerah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM dan Anugerah Pengarah Kanan ILIM. Anugerah-anugerah ini merupakan pengiktirafan pada kecemerlangan pegawai yang terlibat merangkumi aspek sahsiah, akademik dan juga terbaik keseluruhan.
 
Penganjuran majlis ini adalah sebagai tanda pengiktirafan di atas kesungguhan dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh para peserta PEPHEI Siri 3 dan Siri 4/2025 yang lalu. Majlis ini juga sebagai suntikan motivasi kepada semua pegawai muda JAKIM untuk terus memikul tanggungjawab dengan cemerlang sebagai persediaan untuk memimpin masa hadapan.