WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 8 Mei - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) melalui Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam (PKKI) telah menganjurkan Kursus Peningkatan Imej Korporat kepada Pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM. Program yang melibatkan seramai 45 orang peserta ini diadakan pada 7 hingga 8 Mei 2024 (Selasa-Rabu) bertempat di Bilik Kuliah Ibnu Khaldun, Blok Akademik A, Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Utama Bangi. Kursus ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan tentang konsep keterampilan diri dan imej berkesan untuk organisasi dan meningkatkan keyakinan diri, personaliti dan potensi diri sebagai pekerja yang bernilai kepada sesebuah organisasi.

Kursus ini telah dikendalikan oleh Puan Muna Izzah binti Fadzil yang dibantu oleh Puan Rahmah binti Mohamed Razali dan Puan Azlia Adha binti Abdullatif. Antara kandungan kursus ini ialah Pengenalan Program dan Ice Breaking (First Impression & Profesionalkah Saya?), lmu Ketrampilan Diri Untuk Lebih Profesional, Membina Gaya Personaliti, Etiket Sosial dan Komunikasi, Imej dan Identiti Korporat dan Pembentukan Imej Korporat Jabatan.

Personaliti dan imej yang profesional penting kerana ia mempengaruhi persepsi pelanggan dan budaya korporat jabatan. Imej korporat yang baik juga memainkan peranan penting dalam membentuk hubungan positif dengan masyarakat, pihak berkepentingan, rakan sekerja dan masyarakat.

Penganjuran kursus ini diharap dapat membantu peserta untuk melengkapkan diri dengan ilmu berkaitan imej korporat bukan sahaja untuk kelihatan hebat tetapi juga untuk menjadi individu yang dihormati dan disenangi dengan personaliti yang profesional. Majlis penutupan kursus ini disempurnakan oleh Puan Adawiah binti Lias, Ketua Penolong Pengarah Kanan Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam ILIM.