PUSAT KECEMERLANGAN KEPEMIMPINAN ISLAM (PKKI)
Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam (PKKI), Institut Latihan Islam Malaysia, Kampus Utama Bangi telah dijenamakan semula pada tahun 2023 yang diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah Kanan Gred S52.
PKKI terdiri daripada empat (4) seksyen utama. Seksyen-seksyen tersebut adalah Seksyen Kompetensi Generik (SKG), Seksyen Kepimpinan Islam (SKI), Seksyen Pembangunan Perunding Latihan dan Pengantarabangsaan (SPPLP) dan Seksyen Pembangunan Sahsiah dan Organisasi (SPSO).
PKKI menyediakan perkhidmatan program latihan dalam empat (4) teras utama iaitu Program Latihan Kompetensi Generik, Program Kepimpinan Islam, Program Pembangunan Perunding Latihan dan Pengantarabangsaan serta Program Pembangunan Sahsiah dan Organisasi.
Fungsi utama PKKI adalah untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran, kepakaran dalam aspek kepimpinan dan pengurusan serta memperkasa sahsiah dan kapasiti Pegawai Hal Ehwal Islam dari Skim Perkhidmatan Hal Ehwal Islam JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), Jabatan Mufti serta lain-lain agensi agama di bawah Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Pusat Kecemerlangan Kepemimpinan Islam (PKKI)
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Jalan Maktab, Seksyen 12
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel: : 03-8921 8443
Faks : 03-8920 1870
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.