Bangi, 12 Februari 2018 - KEPESATAN pembangunan teknologi tidak harus dipinggirkan, sebaliknya perlu dipandang sebagai satu kelebihan dalam usaha memperkasa dan memperluaskan lagi skop gerakan dakwah masa kini. Kluster Sains Dakwah dan Pengurusan Masjid, ILIM dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menganjurkan Kursus Dakwah Digital yang memfokus kepada Pengurusan Kandungan Dalam Media pada 12 hingga 14 Februari 2018 bertempat di Bilik Ibnu Sina, Aras 1, Blok Akademik B, ILIM Bangi.
Kursus yang berlangsung selama 2 hari ini dihadiri seramai 30 orang peserta terdiri dari pegawai-pegawai agensi Kerajaan seperti JAKIM, JAIN, MAIN dan juga badan-badan berkanun. Antara barisan penceramah yang diundang bagi menjayakan kursus ini adalah, Encik Mohamad Zamri Mohamed Shapik dan Encik Alif Jamil dari MCMC, Dr. Muhamad Faisal Ashaari dan Dr. Hasanah Abd Khafidz dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Puan Nazirah Abu Bakar dan Encik Abdul Wafi Abdul Rajak dari JAKIM.
Adalah diharapkan usaha penyampaian risalah Allah SWT menerusi platform digital kepada khalayak umum menjadi lebih cepat, tepat dan berkesan. Sudah pasti, dengan acuan yang betul, mampu memberi corak yang positif terhadap pembangunan Islam pada masa depan.