Lahad Datu, 25 Mac - Institut Latihan Islam Malaysia, Kampus Lahad Datu telah mengadakan Kursus Kaunseling Syari’e Siri 1 Secara Dalam Talian pada 24 hingga 25 Mac 2022 iaitu pada hari Khamis hingga Jumaat bertempat di Bilik Kuliah Ibnu Khaldun, Institut Latihan Islam Malaysia, Kampus Lahad Datu. Seramai 77 orang yang terdiri daripada PHEI, Guru KAFA, Imam dan Penjawat Awam telah mengikuti program berkenaan daripada daerah Kinabatangan, Lahad Datu, Tungku, Tawau, Kinabatangan, Sandakan, Papar dan Kuala Penyu
Objektif utama kursus adalah menjelaskan konsep asas kaunseling syari’e, menerangkan proses kaunseling syari’e dan menjelaskan asas dalam kaunseling syari’e.
Pelbagai tajuk kertas kerja dibentangkan dalam kursus ini oleh penceramah-penceramah yang berpengalaman dalam bidang masing-masing. Antaranya ialah. Pengenalan Asas Kaunseling, Tanggungjawab dan Ciri-Ciri Kaunselor, Pengenalan Kaunseling Syari’e, Sifat Tabi’e Manusia Menurut Islam dan Perkembangan Psikologi. Majlis penutupan kursus berkenaan diakhiri dengan sesi bergambar secara dalam talian di lokasi masing-masing.