Bangi, 24 Mac 2022 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Kursus Pengurusan Stres Islami (secara dalam talian) pada 22 hingga 24 Mac 2022. Kursus ini dihadiri 100 orang peserta yang terdiri daripada Kader JAKIM di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) & Jabatan Penjara Malaysia.
Kursus ini dikendalikan oleh penceramah yang berpengalaman dalam bidang kaunseling Islam iaitu Encik Muhamad Fadhli bin Ahmat, Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S44 JAKIM. Beliau banyak berkongsi tentang mengurus stres dengan baik dan terkawal serta berkongsi tips dan teknik-teknik kawalan stres menurut Islam.
Semoga kursus ini dapat memberi manfaat serta impak yang besar seterusnya berjaya mencapai matlamat yang disasarkan iaitu melahirkan barisan Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam JAKIM yang mantap dan berkebolehan.