WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Lahad Datu, 17 Mac - Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Lahad Datu, telah mengadakan Kursus Pemahaman Akidah Ahli Sunnah Wal-Jama’ah Siri 1 Secara Dalam Talian pada 16 hingga 17 Mac 2022 bertempat di Bilik Kuliah Ibnu Rusyd, Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Lahad Datu. Seramai 82 orang peserta yang terdiri daripada Guru-Guru KAFA dari daerah Sandakan, penjawat awam dan terbuka kepada masyarakat awam telah mengikuti program berkenaan daripada seluruh sabah.

Objektif utama ialah memperkenalkan pegangan Ahli Al-Sunnah Wa Al-Jama’ah, mendedahkan bentuk ancaman aliran yang menyalahi ahli Al-Sunnah Wa Al- Jama’ah terhadap akidah dan keselamatan negara serta membincangkan langkah untuk menangani fahaman yang menyalahi Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jama’ah.

Antara pengisian ceramah yang disampaikan dalam kursus ini ialah Aqidah, Syariah dan Akhlaq, Asas Aqidah Islam yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Muazul Amin bin Mohd Azlan daripada Pegawai Hal Ehwal Islam, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Labuan. Manakala slot Ancaman Luar dan Dalaman Ahli Sunnah Wal Jama’ah dan Pemantapan Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jama’ah disampaikan oleh Ustaz Pg Mohd Hanif bin Ag Omar.