WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Lahad Datu, 10 Mac - Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Lahad Datu telah mengadakan Kursus Pemahaman Undang-Undang Keluarga Islam Secara Dalam Talian pada 9 hingga 10 Mac 2022 bertempat di Bilik Kuliah Ibnu Rusyd, Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Lahad Datu.  Seramai 119 orang yang terdiri daripada penjawat awam dan terbuka kepada masyarakat awam daripada seluruh daerah Sabah.

Objektif utama ialah memberi pengetahuan dan kefahaman asas kepada peserta mengenai undang-undang keluarga Islam dan peruntukan peruntukan yang berhubung dengannya, meningkatkan kemahiran peserta dalam mentafsir, mentadbir dan melaksanakan undang-undang keluarga Islam serta membentuk sikap, profesionalisme dan komitmen yang tinggi ke arah pelaksanaan undang-undang keluarga Islam dengan lebih berkesan di negara ini.

Antara slot pengisian kursus ini iaitu Pembubaran Perkahwinan, Tuntutan Selepas Penceraian, Hadhanah, Pertikaian Dan Penyelesaian Mengikut Syarak dan Pengurusan Harta Keluarga Islam.

Semoga kursus ini dapat memberi kemahiran kepada peserta untuk menjadikan undang-undang keluarga Islam sebagai satu panduan dan rujukan kepada pengamal undang-undang dan orang ramai.