WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 21 Februari - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Halal (BPH) JAKIM telah mengadakan Kursus Asas Kompetensi Juru Audit Halal Siri 1 (Bersemuka/Online) yang berlangsung selama empat (4) hari iaitu pada 14 sehingga 17 Februari 2022. Kursus ini dijalankan secara hibrid iaitu di Masjid Putra, Putrajaya dan di platform zoom dan telah mencapai kehadiran sehingga 40 peserta yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam (Gred S29 dan ke atas), Pegawai Teknologi Makanan (Gred C29 dan ke atas), Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM dan JAIN.

Objektif kursus ini ialah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kepada peserta mengenai konsep pengurusan dan prosedur pensijilan halal Malaysia. Sepanjang kursus ini, peserta didedahkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan pengurusan pensijilan halal dan pengauditan berpandukan kepada Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM) berkaitan pengurusan halal.

Kursus anjuran bersama ini telah mendapat kerjasama daripada dua (2) penceramah yang berkepakaran dan berpengalaman iaitu Ustaz Mohd Hannan Syafiq bin Jamaludin dan Ustaz Mohamad Samir bin Sulaiman dari Sekreteriat Majlis Halal Malaysia JAKIM (SMHM).

Semoga kursus yang bermanfaat ini berjaya mencapai matlamatnya yang bukan sahaja mampu memberi pengetahuan dan kemahiran kepada peserta mengenai konsep pengurusan dan prosedur pensijilan halal Malaysia, bahkan dapat melahirkan Pegawai Halal yang Kompeten dalam Pengurusan Halal.