WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 11 Mac - Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Halal (BPH) JAKIM telah mengadakan Kursus Kompetensi Juru Audit Halal Siri 2 pada 7 hingga 10 Mac 2022 secara dalam talian.

Objektif kursus ini ialah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta mengenai konsep pengurusan dan prosedur pensijilan halal Malaysia. Seramai 36 orang peserta telah hadir secara dalam talian melalui platform zoom. Peserta terdiri daripada pegawai-pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM, Kader JAKIM, Pegawai Agensi di bawah YB Menteri di JPM, MAIN dan JAIN. Kursus yang berlangsung selama empat hari ini telah mengupas slot-slot utama mengenai Manual Halal Malaysian Standard (MHMS), Sistem MyeHALAL dari Perspektif Pengguna dan Pegawai Pemeriksa, dan Pemahaman Terhadap Keperluan ISO/IEC 17065 Bahagian Pengurusan Halal.

Kursus anjuran bersama ini telah mendapat kerjasama daripada empat penceramah yang berkepakaran dan berpengalaman iaitu Encik Mohd Hannan Syafiq bin Jamaludin dari Sekretariat Majlis Halal Malaysia (SMHM), Encik Ahmad Harithah bin Muhamad, Puan Rafidah binti Mohd Sanuri, dan Puan Nur Aniqah binti Muhamad Amin dari Bahagian Pengurusan Halal (BPH) JAKIM.

Semoga dengan terlaksananya kursus ini, diharap dapat memberikan manfaat yang besar kepada peserta dalam meningkatkan kompetensi dan kemahiran dalam ilmu pengurusan pensijilan halal dan pengauditan halal.