WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

KURSUS PEMANTAPAN PENGURUSAN KELUARGA SIRI 1 (2022)

 Besut,8 Februari - Kluster Pembangunan Insan (KPI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Besut telah mengadakan Kursus Pemantapan Pengurusan Keluarga Siri 1 secara bersemuka.

Kursus ini telah berlangsung selama dua hari bermula 7 hingga 8 Februari 2022. Objektif kursus ini ialah untuk:

  1. Memahami konsep dan senario pengurusan keluarga;
  2. Memahami dan mengaplikasikan bagaimana memantapkan institusi keluarga.;dan
  3. Menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan berumahtangga selari dengan tuntutan syariat.

Seramai 22 orang peserta telah dipilih menghadiri kursus yang berlangsung selama dua hari ini. Peserta terdiri daripada pegawai-pegawai pelbagai skim dari pelbagai agensi/jabatan seluruh Malaysia, JAKIM dan Agensi di bawah Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama

Kursus ini dikendalikan oleh penceramah berpengalaman seramai lima orang iaitu:

  1. Ustazah Shukreyah binti Zawawi (Pengarah IKB)  - Tajuk: Resepi Keluarga Bahagia
  2. Ustaz Syed Mohd Al shukri bin Tuan Sharif (Unisza Kampus Besut) - Tajuk: Pengurusan Ekonomi Keluarga
  3. Ustaz Aziz bin Abdullah ( Penceramah Bebas) - Tajuk: Masa Yang Bernilai
  4. Mohd izudin bin Alias (KK Sri Medang, Besut) - Tajuk: Hidup Sihat
  5. Encik Mohd Fakrulrizal bin Mohamed Din (Imtiaz Besut) - Tajuk: Psikologi Remaja

Semoga dengan terlaksananya kursus ini, diharap dapat memberikan manfaat yang besar kepada peserta tentang kepentingan peranan menyokong dan memberi  semangat antara pasangan dalam menghadapi kesukaran dan cabaran dalam rumahtangga serta kesedaran kepada suami dan isteri berkaitan peranan dan tanggungjawab masing-masing sekiranya musibah berlaku kepada suami ataupun isteri.