WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 17 Januari - Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah mengadakan Program Diskusi Fiqh Siri 1 pada 17 Januari 2022 (Isnin) secara atas talian dan bersemuka.  Sejumlah 50 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri dari pegawai di Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi-agensi Agama di bawah Pejabat YB Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri.

Kursus ini diadakan bertujuan memperkasakan penguasaan ilmu fiqh menggunakan Kitab Turath di kalangan Pegawai Hal Ehwal Islam. Pembelajaran berdasarkan bacaan teks, huraian dan perbincangan serta soal jawab, menggunakan Kitab: الحلال والحرام في الإسلام  yang dikarang oleh  يوسف القرضاوي .

Kursus ini dikendalikan oleh penceramah yang berpengalaman iaitu Tuan Haji Ahmad Fauwaz bin Ali@Fadzil, Pengarah Jaringan Industri, Koleh Dar Al-Hikmah.  Semoga kelas pengajian ini mampu memberi pendedahan dan meningkatkan penguasaan peserta dalam bidang ilmu Fiqh.