Program Walkabout YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM bersama Warga Institut Latihan Islam Malaysia telah diadakan pada 20 Januari 2022. Berikut antara catatan amanat beliau :
✅Tahniah kepada ILIM yang telah melaksanakan program dan KPI sepanjang tahun 2021 dengan jayanya dan diharapkan semoga momentum ini dapat diteruskan di tahun 2022.
✅Ucapan terima kasih kepada kakitangan ILIM yang menguruskan jemaah umrah kuarantin di ILIM. Ini secara tak langsung menonjolkan peranan JAKIM dalam mengurus krisis negara.
✅Mengambil bahagian dalam Bulan Solat Kebangsaan yang akan dilaksanakan sepanjang bulan Rejab. Program ini adalah program saranan YB Menteri.
✅Memberi nafas baru kepada program latihan dan meningkatkan kemahiran para pegawai ILIM sebagai trainers.
✅Memulakan perbincangan dengan Islamic Business School (IBS) UUM untuk mendapat pengiktirafan universiti kepada program DPI ILIM.
✅ILIM boleh kembangkan perkongsian ilmu dengan menerbitkan klip pendek mengenai kepimpinan dan pengurusan Islam oleh pengarah-pengarah di JAKIM atau Ketua Ketua Kluster ILIM dengan mengetengahkan produk-produk sumber manusia JAKIM.