Bangi, 3 Januari – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kembali berkhidmat sebagai Pusat Kuarantin bagi menempatkan Jemaah Umrah yang kembali ke Malaysia bermula 3 Januari 2021 sehingga ke suatu tempoh yang akan dimaklumkan kelak. Ini juga selaras dengan arahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tatacara kuarantin yang ditetapkan. Pematuhan semasa tempoh kuarantin ini amat penting bagi mengelak berlakunya penularan jangkitan Covid-19 terutamanya membabitkan varian Omicron.