Bangi, 8 November – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) menerusi Cawangan Khidmat Pengurusan telah mengadakan Sesi Perkongsian Ilmiah kepada Warga ILIM termasuk ILIM Kampus Cawangan.
Program yang berlangsung secara hibrid ini dikendalikan oleh YBrs. Ustaz Azhar bin Tuarno merangkumi topik-topik Kemahiran Berhubungan Manusia, Bagaimana Mengingat Informasi, Memahami Manusia, Cara Mendengar Percakapan Orang dan Kaedah Komunikasi.
Ternyata para peserta telah memberikan komitmen dan tumpuan yang baik semasa sesi berlangsung. Semoga perkongsian ini Berjaya membentuk warga kerja yang proaktif, mempunyai minda yang sentiasa terbuka, sedia bersosialisasi dan sentiasa berusaha mendapatkan maklumat untuk diri sendiri agar tidak ketinggalan.