Lahad Datu, 13 Oktober - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Lahad Datu, JAKIM telah menganjurkan Wacana Ilmu Siri 2 Secara Dalam Talian pada 13 Oktober 2021. Wacana Ilmu ini telah disertai seramai 112 orang peserta yang terdiri daripada Penjawat Awam, Perkhidmatan Hal Ehwal Islam, Penyelia KAFA, Guru KAFA, Kakitangan Pekerja Swasta dan Masyarakat Awam di kementerian/jabatan/agensi/persendirian secara dalam talian melalui aplikasi Google meet.
Pelaksanaan kursus ini bertujuan untuk memberikan kefahaman dan pendedahan tentang ilmu-ilmu Islam kepada warga ILIM Kampus Lahad Datu, JAKIM. Kuliah ini dikendalikan oleh Ustaz Rosdam Hanabi bin Mohamed iaitu Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dasar, Kemajuan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Dengan tajuk pengisian ceramahny iaitu Kecelaruan Jantina & Penyelesaian Menurut Perspektif Islam dan Tasyabuh Dalam Media Sosial. Para peserta memberikan komitmen dan tumpuan yang maksimum kepada sesi ceramah yang dijalankan. Disamping itu turut memberi peluang kepada peserta untuk memberikan pandangan masing-masing secara interaktif dalam talian. Selain daripada itu, peserta juga dapat menambah ilmu mengenai panduan dan teknik-teknik sebagai muslim yang taat kepada Allah SWT dan mengambil perkara-perkara yang positif sahaja didalam media sosial yang beretika, bertatasusila, kreatif, kritis dan berinovatif dalam mengembangkan Islam mengikut arus perdana pada masa kini.
Para peserta telah memberi maklumbalas yang sangat baik di atas penganjuran Wacana Ilmu ini. Semoga program ini dapat menambah ilmu pengetahuan, melahirkan peserta yang komited, mewujudkan masyarakat yang cintakan Islam dan melahirkan para peserta yang terlatih dan bermaklumat. Majlis penutupan Wacana Ilmu ini di akhiri dengan sesi bergambar secara dalam talian di lokasi masing-masing.