WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Lahad Datu, 6 Oktober - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Lahad Datu, JAKIM telah menganjurkan Wacana Ilmu Siri 1 Secara Dalam Talian pada 6 Oktober 2021. Wacana Ilmu ini telah disertai seramai 85 orang peserta yang terdiri daripada Penjawat Awam, Perkhidmatan Hal Ehwal Islam, Penyelia KAFA, Guru KAFA, Kakitangan Pekerja Swasta dan Masyarakat Awam di kementerian/jabatan/agensi/persendirian secara dalam talian melalui aplikasi google meet.

Pelaksanaan Wacana Ilmu ini bertujuan untuk memberikan kefahaman dan pendedahan tentang ilmu-ilmu Islam kepada semua peserta. Wacana Ilmu ini dikendalikan oleh Ustaz Muhamad Fadhli bin Ahmat iaitu Pegawai Hal Ehwal Islam, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni , Kaunselor Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS), Sarawak. Tajuk pengisian ceramah yang disampaikan dalam Wacana  Ilmu ini ialah Slot 1 : Konsep Ulil Amri & Kewajipan Mentaatinya dan Slot 2 : Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghafur.

Justeru itu, peserta dapat menambah ilmu mengenai kepentingan mentaati pemimpin dan dapat mengambil pengajaran sebuah negeri di Syam yang diberi sebutan khusus oleh Allah SWT sebagai baldatun thayyibatun wa rabbun ghafur. Kalimat itu tepatnya tertuang dalam Surat Saba’ ayat 15. Dalam ayat tersebut baldatun thayyibatun wa rabbun ghafur menjadi kalimat yang menggambarkan betapa subur dan makmurnya Negeri Saba’. Alamnya indah dan penduduknya pun selalu bersyukur atas nikmat yang mereka terima.

Namun, kejayaan dan kemakmuran Negeri Saba’ harus berakhir saat kaumnya berpaling dan meninggalkan ketaatan kepada Allah SWT. Allah lalu menurunkan azab dan menghapus kenikmatan-kenikmatan yang sebelumnya mereka terima hingga memporakporandakan negeri itu.

Para peserta memberikan komitmen dan tumpuan yang maksimum kepada sesi ceramah yang dijalankan. Disamping itu turut memberi peluang kepada peserta untuk memberikan pandangan masing-masing secara interaktif dalam talian. Semoga kuliah ini dapat menambah ilmu pengetahuan, kemahiran dan keyakinan kepada peserta supaya sentiasa istiqomah dalam pekerjaan dan bersiap sedia dalam apa jua keadaan dari semasa ke semasa pada masa akan datang. Majlis penutupan kuliah berkenaan di akhiri dengan sesi bergambar secara dalam talian di lokasi masing-masing.