WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 21 September 2021 -  Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI) telah mengadakan Program Bicara Nikah Cerai dan Rujuk (Siri 3) secara dalam talian pada 21 September 2021 melalui platform Google Meet. Program ini telah mencapai kehadiran seramai 110 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam JAKIM, MAIN, JAIN, Pegawai agensi di bawah Menteri di JPM, dan pelbagai agensi kerajaan yang lain.

Program ini diadakan bertujuan memberi pendedahan serta meningkatkan kefahaman kepada peserta berkaitan pengurusan nikah, cerai dan rujuk yang sistematik dan berkesan. Menerusi siri kali ini, Dr. Suhaizad bin Saifuddin daripada Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan sebagai penceramah program telah membincangkan tajuk Pengurusan Cerai di Mahkamah Syariah. Hal-hal tuntutan selepas perceraian di Mahkamah Syariah seperti nafkah iddah, mutaah, hadhanah, nafkah anak serta isu-isu semasa berkaitan telah dikupas dan dibahaskan bagi memberi pendedahan dan memberi jalan penyelesaian yang baik dan berkesan.

Dengan berakhirnya program pada kali ini maka lengkaplah tiga (3) siri Program Bicara Nikah, Cerai dan Rujuk. Diharapkan agar program ini mencapai objektifnya dalam meningkatkan pengetahuan peserta  berkaitan pengurusan nikah, cerai dan rujuk serta berupaya menyelesaikan permasalahan kekeluargaan  dalam masyarakat dengan baik.