Lahad Datu, 27 Ogos - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Lahad Datu, JAKIM telah menganjurkan Kuliah Dhuha Siri 4 Secara Dalam Talian pada 27 Ogos 2021. Kuliah Dhuha ini telah disertai seramai 24 orang peserta yang terdiri daripada warga ILIM Kampus Lahad Datu, JAKIM secara dalam talian melalui aplikasi google meet.
Pelaksanaan kursus ini bertujuan untuk memberikan kefahaman dan pendedahan tentang ilmu-ilmu Islam kepada warga ILIM Kampus Lahad Datu, JAKIM. Kuliah ini dikendalikan oleh Ustaz Abdul Mutalib bin Abdul Rahim iaitu Pengarah Kampus, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Lahad Datu. Tajuk pengisian ceramah yang disampaikan dalam kuliah ini ialah Kerja Sebagai Ibadah. Para peserta memberikan komitmen dan tumpuan yang maksimum kepada sesi ceramah yang dijalankan. Di samping itu turut memberi peluang kepada peserta untuk memberikan pandangan masing-masing secara interaktif dalam talian. Selain daripada itu, peserta juga dapat menambah ilmu mengenai panduan dan teknik-teknik sebagai pekerja yang terlatih dan berkemahiran dalam bidang tugas masing-masing serta meningkatkan motivasi untuk menjadi seorang pekerja yang bersahsiah, berwatak, bertatasusila, rajin, kreatif, kritis dan berinovatif.
Para peserta telah memberi maklumbalas yang sangat baik di atas penganjuran Kuliah Dhuha ini. Semoga kuliah ini dapat menambah ilmu pengetahuan, kemahiran dan keyakinan kepada peserta supaya sentiasa istiqomah dalam pekerjaan dan bersiap sedia dalam apa jua keadaan dari semasa ke semasa pada masa akan datang. Majlis penutupan kuliah berkenaan di akhiri dengan sesi bergambar secara dalam talian di lokasi masing-masing.