Lahad Datu, 11 Ogos - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Lahad Datu JAKIM telah menganjurkan Program Sambutan Maál Hijrah 1443H Secara Dalam Talian pada 11 Ogos 2021. Program ini telah disertai seramai 113 orang peserta yang terdiri daripada Penjawat Awam, Perkhidmatan Hal Ehwal Islam, Penyelia KAFA, Guru KAFA, Kakitangan Swasta dan Masyarakat Awam di kementerian/jabatan/agensi/persendirian secara dalam talian melalui aplikasi googlemeet.
Pelaksanaan program ini bertujuan bagi memahami maksud hijrah yang sebenarnya. Mengetahui plot penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat. Mengambil iktibar dari peristiwa hijrah.
Kursus ini dikendalikan oleh Ustaz Mohammad bin Othman iaitu seorang penceramah berpengalaman daripada Jemaah Nazir, Pejabat Pendidikan Daerah Tawau dan merupakan Penceramah Tawau FM. Beliau banyak memberi panduan dan berkongsi pengalaman dalam tajuk Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti.
Para peserta memberikan komitmen dan tumpuan yang maksimum kepada ceramah yang dijalankan. Program berkenaan di akhiri dengan sesi bergambar secara maya. Semoga program ini dapat menambah ilmu dan penghayatan nilai Maál Hijrah yang sebenarnya kepada peserta di masa akan datang.