Lahad Datu, 29 Julai - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Lahad Datu telah menganjurkan Kursus Tahsin Al-Quran Secara Online pada 28 hingga 29 Julai 2021. Kursus ini telah disertai seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan kerajaan/swasta, NGO’s dan Masyarakat Awam di ibu pejabat dan kader di kementerian/jabatan/agensi secara dalam talian melalui aplikasi google meet.
Pelaksanaan kursus ini bertujuan bagi menigkatkan pengetahuan dan kemahiran bacaan al-Quran para imam agar menepati bacaan menurut riwayat Hafs ‘an ‘Asim. Menigkatkan kualiti hafazan ayat-ayat al-Quran para imam. Melahirkan imam yang berketerampilan, professional dan dihormati oleh masyarakat dengan kualiti bacaan al-Quran yang terbaik.
Kursus ini dikendalikan oleh dua orang penceramah iaitu Ustaz Haji Nazri bin Haji Apin dan Ustazah Wardatul Azman bin Haji Apin iaitu merupakan penceramah berpengalaman dalam bidang Al-Quran. Mereka berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam tajuk Tahsin Surah Al-Fatihah, Hukum Nun Mati Bertemu Tanwin Dan Mim Mati, Hukum Mad, Wakaf Dan Ibtida’. Di samping turut memberi peluang kepada peserta untuk mencuba bacaan Surah Al-Fatihah masing-masing secara interaktif dalam talian.
Peserta telah memberi maklumbalas yang sangat baik di atas penganjuran kursus kali ini. Semoga kursus ini dapat menambah ilmu, kemahiran dan keyakinan kepada peserta supaya sentiasa bersedia dalam aspek pengacaraan majlis apabila diberi tugas untuk mengacarakan majlis pada masa akan datang.