Lahad Datu, 27 Julai - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Lahad Datu telah menganjurkan Kursus Pemahaman Akidah Ahli Sunnah Wal-Jama’ah Siri 2 Secara Dalam Talian pada 26 hingga 27 Julai 2021. Kursus ini telah disertai seramai 68 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan kerajaan/swasta, NGO’s dan Masyarakat Awam di ibu pejabat dan kader di kementerian/jabatan/agensi secara dalam talian melalui aplikasi google meet.
Pelaksanaan kursus ini bertujuan bagi memperkenalkan pegangan Ahli Al-Sunnah Wa Al-Jama’ah. Mendedahkan bentuk ancaman aliran yang menyalahi ahli Al-Sunnah Wa Al- Jama’ah terhadap akidah dan keselamatan negara. Membincangkan langkah untuk menangani fahaman yang menyalahi Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jama’ah
Kursus ini dikendalikan oleh dua orang penceramah iaitu Ustaz Aziz bin Sarail iaitu seorang penceramah berpengalaman. Beliau berkongsi pengetahuan dalam slot Akidah, Syari’ah Dan Akhlaq serta Asas Akidah Islam. Manakala Ustaz Abdul Rahman bin Tajuddin menyampaikan ceramahnya yang bertajuk Ancaman Luar Dan Dalaman Ahli Sunnah Wal-Jama’ah dan Pemantapan Akidah Ahli Sunnah Wal-Jama’ah.Di samping turut memberi peluang kepada peserta untuk mengeluarkan pendapat masing-masing secara interaktif dalam talian.
Peserta telah memberi maklumbalas yang sangat baik di atas penganjuran kursus kali ini. Semoga kursus ini dapat menambah ilmu, kemahiran dan keyakinan kepada peserta supaya sentiasa bersedia dalam aspek pengacaraan majlis apabila diberi tugas untuk mengacarakan majlis pada masa akan datang.