Bangi, 29 Julai 2021 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI) telah mengadakan Kursus Takhrij Hadis Lanjutan Secara Dalam Talian kepada Pegawai Hal Ehwal Islam Gred 29-54 pada hari Khamis bertarikh 29 Julai 2021 melalui platform Google Meet. Seramai 55 orang peserta telah hadir di dalam kursus ini.
Objektif utama program ini ialah :
- Mengenalpasti kesahihan hadis serta sumbernya.
- Mengetahui penambahan dan pengurangan di dalam teks atau matan hadis.
- Mencari jalur-jalur yang lain bagi hadis, serta mengenalpasti kecacatan yang terdapat dalam hadis.
Sehubungan dengan itu, penceramah program, YBrs. Prof Dr. Mohd Fauzi Bin Mohd Amin, Pengerusi Lajnah Tahqiq Hadis Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menfokuskan pembentangan slide berkaitan Ilmu Al-Jarh wa At-Taadil di dalam kuliah takhrij hadis kali ini yang mengambil masa selama 2 jam.
Semoga program ini berjaya mencapai matlamatnya yang bukan sahaja mampu memberi pendedahan kepada peserta mengenai Ilmu Al-Jarh wa At-Taadil, bahkan mampu meningkatkan pengetahuan dan kesedaran untuk menghidupkan dan mempraktikan ilmu berkaitan ulum hadis di dalam kehidupan seharian.