WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 4 Ogos -  Kluster Kecemerlangan Kepemimpinan Islam (KKKI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi dengan kerjasama Unit Komunikasi Korporat (UKK) JAKIM telah menganjurkan Kursus Pengacara Majlis Yang Efektif pada 3 hingga 4 Ogos 2021. Kursus ini telah disertai seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan JAKIM di ibu pejabat dan kader di kementerian/jabatan/agensi secara dalam talian melalui aplikasi zoom.

Pelaksanaan kursus ini bertujuan bagi mencungkil dan menggilap bakat pengacaraan dalam kalangan pegawai dan kakitangan JAKIM. Selain itu, peserta juga dapat menambah ilmu mengenai panduan dan teknik-teknik sebagai pengacara majlis yang profesional & terlatih, kemahiran penulisan skrip serta meningkatkan keyakinan untuk menjadi seorang pengacara yang bersahsiah, berwatak, bertatasusila, rajin, kreatif, kritis dan berinovatif.

Kursus ini dikendalikan oleh Encik Jef Hazimin Jaafar iaitu seorang penceramah berpengalaman dalam bidang pengacaraan majlis. Beliau banyak memberi panduan dan berkongsi pengalaman dalam bidang pengacara majlis, di samping  turut memberi peluang kepada peserta untuk menonjolkan bakat masing-masing melalui sesi praktikal secara interaktif dalam talian.

Peserta telah memberi maklumbalas yang sangat baik di atas penganjuran kursus kali ini. Semoga kursus ini dapat menambah ilmu, kemahiran dan keyakinan kepada peserta supaya sentiasa bersedia dalam aspek pengacaraan majlis apabila diberi tugas untuk mengacarakan majlis pada masa akan datang.