WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Lahad Datu, 29 Jun 2021 - Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Lahad Datu, JAKIM telah mengadakan Kursus TOT Pengendali Jenazah Siri 2 Secara Dalam Talian pada 29 hingga 30 Jun 2021 . Seramai 104 orang yang terdiri daripada  Penjawat Awam, Kakitangan Swasta, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Masyarakat Awam telah mengikuti program berkenaan, daripada daerah Tawau, Lahad Datu, Tungku, Beluran, Sandakan, Ranau, Tuaran, Kota Kinabalu, Kota Belud, Kota Marudu, Beufort, Tambunan, Keningau, Papar dan lain-lain daerah.

Objektif utama ialah melahirkan individu yang berkemampuan dalam menguruskan jenazah bagi melengkapi keperluan “fardhu kifayah” dalam sesebuah masyarakat Islam, meningkatkan kemahiran dalam kalangan individu yang terlibat dalam pengurusan jenazah melalui pendedahan secara lengkap dan mencakupi aspek teori dan praktikal dan menjelaskan kekeliruan antara amalan pengurusan jenazah yang merupakan tuntutan syarak atau adat semata-mata.

Antara pengisian ceramah yang disampaikan dalam kursus ini ialah daripada Tanggungjawab dan Prosedur Dalam Menghadapi Sesuatu Kematian, Amalan Khurafat dan Bid’ah Dalam Menguruskan Jenazah serta mengadakan Latih Amal: Pengurusan Jenazah Dalam Keadaan Kritikal. Para peserta memberikan komitmen dan tumpuan yang maksimum kepada setiap aktiviti dan sesi ceramah yang dijalankan. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta dalam menunaikan fardhu kifayah kepada Umat Islam.