WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Lahad Datu, 24 Jun - Institut Latihan Islam Malaysia, Kampus Lahad Datu telah mengadakan Kursus Kaunseling Syari’e Siri 2 Secara Dalam Talian pada 24 Julai 2021. Seramai 82 orang yang terdiri daripada Perkhidmatan Hal Ehwal Islam, Penjawat Awam, Guru KAFA, Imam dan Masyarakat Awam telah mengikuti program berkenaan, daripada Daerah Lahad Datu, Tungku, Sandakan, Kota Kinabalu, Tuaran, Kuala Penyu, Beufort dan lain-lain Daerah.

Objektif utama ialah menjelaskan konsep asas kaunseling menurut perspektif Syariah, menerangkan proses kaunseling Syarie dan menjelaskan asas dalam kaunseling Syarie.  Pelbagai tajuk kertas kerja dibentangkan dalam kursus ini oleh penceramah-penceramah yang berpengalaman dalam bidang masing-masing. Antaranya ialah daripada Encik Abu Handhalah bin Kamil dan Encik Mapatan bin Sudin ,Guru Bimbingan dan Kaunseling, SMK Terusan Lahad Datu. Majlis penutupan kursus berkenaan telah disempurnakan oleh wakil ILIM Kampus Lahad Datu, JAKIM iaitu Ustaz Hamid bin Sabran melalui online di lokasi masing-masing.