Lahad Datu, 7 Julai - Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Lahad Datu, JAKIM telah mengadakan Diskusi Ilmiah Siri 2 Secara Dalam Talian, pada 7 Julai 2021. Seramai 83 orang yang terdiri daripada Penjawat Awam, Kakitangan Swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) telah mengikuti program berkenaan, daripada daerah Tawau, Semporna, Lahad Datu, Tungku, Sandakan, Ranau, Tuaran, Kota Kinabalu, Kota Marudu, Kudat, Beufort dan lain-lain daerah.
Objektif utama ialah memberi kefahaman dan pendedahan tentang ilmu-ilmu Islam kepada warga setempat. Antara pengisian ceramah yang disampaikan dalam diskusi ini ialah Pengurusan Stress Pasca Pandemik COVID-19. Para peserta memberikan komitmen dan tumpuan yang maksimum kepada setiap aktiviti dan sesi ceramah yang dijalankan. Semoga perkongsian kursus ini dapat membantu peserta menguruskan emosi semasa menangani Pasca Pandemik Covid 19.