Lahad Datu, 11 Mac 2021 - Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Lahad Datu telah mengadakan Kursus Pemahaman Undang-Undang Keluarga Islam pada 9 hingga 11 Mac 2021 bertempat di Bilik Kuliah Yusuf Al-Qardhawi, Institut Latihan Islam Malaysia, Kampus Lahad Datu. Seramai 31 orang yang terdiri daripada Penjawat Awam dan terbuka kepada masyarakat awam daripada daerah Tungku, Lahad Datu dan Tawau.
Objektif utama ialah memberi pendedahan mengenai undang-undang keluarga Islam dari aspek pentadbiran, pelaksanaan dan penguatkuasaan. Meningkatkan kemahiran dalam mengendalikan proses pengurusan perkahwinan dan perceraian di Mahkamah Syariah.
Antara slot pengisian kursus ini iaitu ; Inspirasi Dan Motivasi Keluarga Bahagia, Pembubaran Perkahwinan, Tuntutan Selepas Penceraian, Hadhanah ; Pertikaian Dan Penyelesaian Mengikut Syarak dan Pengurusan Harta Keluarga Islam.
Semoga kursus ini dapat memberi kemahiran kepada peserta untuk menjadikan undang-undang keluarga Islam sebagai satu panduan dan rujukan kepada pengamal undang-undang dan orang ramai.