Lahad Datu, 25 Mac 2021 - Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Lahad Datu, telah mengadakan Kursus Pemahaman Akidah Ahli Sunnah Wal-Jama’ah pada 23 hingga 25 Mac 2021 bertempat di Bilik Kuliah Ibnu Rusyd, Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Lahad Datu. Seramai 36 orang peserta yang terdiri daripada Penjawat Awam dan Masyarakat Awam telah mengikuti program berkenaan, daripada daerah Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Tungku.
Objektif utama ialah memperkenalkan pegangan Ahli Al-Sunnah Wa Al-Jama’ah, mendedahkan bentuk ancaman aliran yang menyalahi ahli Al-Sunnah Wa Al- Jama’ah terhadap akidah dan keselamatan Negara dan membincangkan langkah untuk menangani fahaman yang menyalahi Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jama’ah.
Antara pengisian ceramah yang disampaikan dalam kursus ini ialah Aqidah, Shariah dan Akhlaq, Ancaman Luar dan Dalaman Ahli Sunnah Wal Jama’ah, Pemantapan Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jama’ah, Asas Aqidah Islam, Sejarah Ahli Sunnah Wal-Jama’ah, Perbincangan Isu-Isu Aqidah Setempat dan Perbincangan Isu-Isu Ajaran Salah. Majlis penutupan kursus berkenaan telah disempurnakan oleh Pengarah Kampus ILIM Kampus Lahad Datu, JAKIM iaitu Ustaz Abdul Mutalib bin Abdul Rahim.