Lahad Datu, 9 April 2021 - Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Lahad Datu telah mengadakan Kursus Metodologi Dakwah Siri 1 pada 7 hingga 9 April 2021 bertempat di Bilik Kuliah Ibnu Rusyd, Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Lahad Datu. Seramai 26 orang yang terdiri daripada Imam, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam dan terbuka kepada masyarakat awam telah mengikuti program berkenaan, daripada daerah Lahad Datu, Tungku dan Tawau.
Objektif utama ialah memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada para peserta mengenai teknik-teknik penyampaian mesej dakwah yang lebih berkesan, mempertingkatkan pengetahuan mengenai aspek psikologi dakwah, dakwah bil hal dan keupayaan berkomunikasi dalam melaksanakan dakwah kepada masyarakat non Muslim dan Saudara Baru.
Pengisian ceramah yang disampaikan dalam kursus ini antaranya Dakwah Dalam Konteks Masyarakat Majmuk, Interaksi Dakwah Dengan Muslim, Non Muslim dan Muallaf, Kepentingan Agama Dalam Kehidupan, Dakwah Bil Hal dan Tasamuh Dalam Berdakwah.
Majlis penutupan kursus berkenaan telah disempurnakan oleh Pengarah Kampus ILIM Kampus Lahad Datu, JAKIM iaitu Ustaz Abdul Mutalib bin Abdul Rahim. Semoga program ini dapat melahirkan pendakwah yang bermotivasi, cekal dan tabah dalam menyebarkan mesej Islam dikalangan etnik minoriti.