Lahad Datu, 11 Mac 2021 - Institut Latihan Islam Malaysia, Kampus Lahad Datu telah mengadakan Kursus Kaunseling Syari’e Siri 1 pada 9 hingga 11 Mac 2021 bertempat di Bilik Kuliah Ibnu Rusyd, Institut Latihan Islam Malaysia, Kampus Lahad Datu. Seramai 31 orang yang terdiri daripada Penjawat Awam Perkhidmatan Hal Ehwal Islam, JHEAINS dan Guru KAFA telah mengikuti program berkenaan daripada daerah Tungku, Lahad Datu dan Tawau.
Objektif utama kursus adalah untuk menjelaskan konsep asas kaunseling menurut perspektif Syariah dan menerangkan proses kaunseling Syarie.
Pelbagai tajuk kertas kerja dibentangkan dalam kursus ini oleh penceramah-penceramah yang berpengalaman dalam bidang masing-masing. Antaranya ialah. Pengenalan Asas Kaunseling, Tanggungjawab dan Ciri-Ciri Kaunselor, Pengenalan Kaunseling Syari’e, Sifat Tabi’e Manusia Menurut Islam dan Perkembangan Psikologi, Pendekatan dan Proses Kaunseling Syari’e serta Kemahiran Asas Kaunseling.
Majlis penutupan kursus berkenaan telah disempurnakan oleh Ustaz Abdul Mutalib bin Abdul Rahim, selaku Pengarah Kampus Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Lahad Datu, JAKIM.