WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Lahad Datu, 25 Mac 2021 - Institut Latihan Islam Malaysia, Kampus Lahad Datu telah mengadakan Kursus Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab Siri 1 Secara Dalam Talian pada 24 dan 25 Mac 2021 bertempat di Bilik Kuliah Ibnu Khaldun, Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Lahad Datu. Seramai 77 orang yang terdiri daripada Guru KAFA telah mengikuti program berkenaan, daripada daerah Lahad Datu, Tungku, Tawau dan Sandakan.

Objektif utama ialah memberi pendedahan asas kepada peserta mengenai Bahasa Arab, memperkenalkan perbendaharaan kata dalam Bahasa Arab dan memupuk minat peserta untuk mempelajari Bahasa Arab.

Pelbagai tajuk kertas kerja dibentangkan dalam kursus ini oleh penceramah-penceramah yang berpengalaman dalam bidang masing-masing. Antaranya ialah daripada Ustazah Wardatul Azmah bin Haji Apin, Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, SMK Sandakan ; Lughat al-Fasl (Teori & Amali) dan Pedagogi al-Qiraáh (Teori & Amali), manakala Ustaz Nazri bin Haji Apin, Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, SK Muhibbah, Sandakan menyampaikan Ceramah Pedagogi al-Istima’ wa al-Kalam (Teori & Amali) dan Pedagogi al-Kitabah (Teori & Amali).

Semoga kursus ini dapat membantu dan memberi kefahaman kepada peserta dalam mendalami Ilmu Bahasa Arab seterusnya dapat diaplikasikan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah masing-masing.